Pages

Friday, June 17, 2011

#11 ; Finally


Pada entry yang lepas (#10 ; excited) aku ada bagi tahu yang aku akan dapat "barang baru". So entry aku kali ni, aku nak tunjukan apa "barang baru" yang aku dapat tu. =)

Seperti yang tertera kat atas tu. Video tu aku buat khas untuk post kat entry aku kali ni. Canon EOS 550D, ia tu la "barang baru" yang aku cakap tu. Sangat lama aku menunggu untuk mendapatkan princess aku ni, akhirnya aku berjaya dapatkannya pada 10/06/2011. Masih dara lagi ni. hehehehe.

Thursday, June 9, 2011

#10 ; excited

Harini rasa sangat excited sebab dapat tahu "Barang Baru" yang aku order akan sampai esok. Penantian aku selama dua minggu ni sangat-sangat berbaloi. Alhamdulillah. Nak tahu apa "Barang Baru" tu? Tungguuuuuu.....

Sunday, May 22, 2011

#9 ; Masa itu emas

Masa itu EMAS 
Jangan suka membazirkan masa kerana ia sesuatu yang merugikan.

  Selepas masuk ke alam pekerjaan ni, aku mula merasakan masa sangat terhad. Masa aku semuanya dihabiskan dengan bekerja dan pelbagai aktiviti. Sampai nak berehat pun masa tak cukup. Sekarang ini rutin harian aku Isnin hingga Jumaat adalah bekerja tak kira masa(pagi hingga malam), Sabtu pula digunakan untuk aku study(buat part time stdy), Ahad adalah masa untuk aku beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Masa untuk aku berehat dalam sehari lebih kurang 3-4 jam (itupun waktu tidur). Sekarang ni, aku mula merasakan badan aku dah tak terdaya untuk semua ini, sangat Exhausted. 

Wednesday, April 13, 2011

#8 ; Pulanglah




p/s : dedicate to Miss NKMN, We used to always get in touch through Myspace, Facebook, YM, & SMS. But not anymore, because she had decided not to contact me again. We became friends after almost 3 years. I still can not get why she makes decisions like this. Do I have to do any mistakes that she makes decisions like this? Whatever happens you still my friend and the next world. I will never forget the memories we've ever gone through together during the time of first introduction. I hope you happy with what you decide. I always support and love you as a friends till the end of my life.

Monday, March 28, 2011

#7 ; Pagi yang sangat menceriakan hati

Yeay! Pagi yang sangat indah, udara yang nyaman.
Hati girang tidak terkata semangat untuk memulakan hari baru minggu baru yang sangat membuak2..

Tapi semua tu musnah sekelip mata apabila tayar motorku bocor.
Sangat suka apabila ia bocor semasa perjalanan aku ke tempat kerja.
Untuk tahun ini, ia kali ke-2.

Perjalanan masih jauh, bengkel motor yang terdekat sejauh 6 - 7km.
Fuhh! Aku menunggang motor dengan keadaan tayar yang tidak berangin dengan kelajuan tidak sampai 20km/h
Setiba di bengkel, aku terpaksa menunggu beberapa minit (puluh minit kot) untuk bengkel mula operasi.

Friday, March 25, 2011

#6 ; Exam Memeningkan


Ah ! Setiap kali nak exam mesti macam ni.
Runsing nya, nak kena baca itu, buat latihan itu.. Huh!
Memang suka sangat macam ni. Esok exam beb! Kepala otak ni "0".

Tu la, padan muka kat aku ni, nak sangat buat part time study.. 
Ha, rase kan kepayahan membuat dua kerja dalam satu masa, nak study untuk exam dalam masa yang sama kena kerja. Memang tindakan yang sangat bijak. Well done bro!

Wednesday, March 16, 2011

#5 ; Bercuti ke Pulau Pinang Pulau Mutiara

Pada 11/3/2011 yang lepas aku telah pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam.
Percutian yang sangat bermakna dalam hidup aku untuk Tahun 2011 ini. Kemeriahan yang tercipta tidak dapat aku lupakan buat selamanya. Aku sangat gembira dengan percutian kali ini sebab boleh dikatakan antara trip cuti yang paling ramai dalam sejarah kami (Terror Crew). Sedikit gambar semasa percutian di Pulau Pinang.


1 ; Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam akhirnya sampai juga di Pulau Pinang.

2 ; Hari ke 2 di Pulau Pinang, Gig bersama Vermillion bertempat di Soundmaker studio.

3 ; Hari ke 3, Tepat jam 12:00 p.m kami check out dari EQ Ferringhi Hotel. *Dapat special rate from manager.

4 ; Sebelum pulang kami singgah di Padang Kota untuk sesi fotografi.


5 ; Selepas selesai sesi fotografi kami terus ke kedai untuk makan tengah hari. Pekena pasembur pinang memang style beb.

6 ; Sudah kenyang. Kami meneruskan perjalanan ke World Largest Toy Museum. Lebih 100,000 mainan, patung dan koleksi-koleksi animasi ada disana.

7 ; Padang Kota adalah tempat bersejarah di Pulau Pinang. Tak lupa pada Fort Cornwallis, kami juga sempat bergambar disana. Sangat cantik tempat bersejarah ini, dijaga dengan rapi.
8 ; Selesai sudah perjalanan kami di Pulau Pinang ini. Segala kenangan manis di sini tidak akan kami lupa sampai bila - bila. Perjalanan pulang kami menaiki Ferry untuk ke Terminal Butterworth.


*video perjalanan kami, Preview only.

ILLUSIONMETAL
Terror Crew - Vermillion - Blind Terror

Monday, February 21, 2011

#4 ; Sakit Kepala

Hari ini sangat panas
Aku naik kereta pun boleh sakit kepala
Sebab cuaca sangat panas

Pergi kerja hari ni sangat panas
Tadi rider moto tengah-tengah panas
Sakit kepala sangat-sangat
Sampai sekarang tak hilang lagi sakit kepala


Aduiii, sakitnya...