Pages

Wednesday, March 16, 2011

#5 ; Bercuti ke Pulau Pinang Pulau Mutiara

Pada 11/3/2011 yang lepas aku telah pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam.
Percutian yang sangat bermakna dalam hidup aku untuk Tahun 2011 ini. Kemeriahan yang tercipta tidak dapat aku lupakan buat selamanya. Aku sangat gembira dengan percutian kali ini sebab boleh dikatakan antara trip cuti yang paling ramai dalam sejarah kami (Terror Crew). Sedikit gambar semasa percutian di Pulau Pinang.


1 ; Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam akhirnya sampai juga di Pulau Pinang.

2 ; Hari ke 2 di Pulau Pinang, Gig bersama Vermillion bertempat di Soundmaker studio.

3 ; Hari ke 3, Tepat jam 12:00 p.m kami check out dari EQ Ferringhi Hotel. *Dapat special rate from manager.

4 ; Sebelum pulang kami singgah di Padang Kota untuk sesi fotografi.


5 ; Selepas selesai sesi fotografi kami terus ke kedai untuk makan tengah hari. Pekena pasembur pinang memang style beb.

6 ; Sudah kenyang. Kami meneruskan perjalanan ke World Largest Toy Museum. Lebih 100,000 mainan, patung dan koleksi-koleksi animasi ada disana.

7 ; Padang Kota adalah tempat bersejarah di Pulau Pinang. Tak lupa pada Fort Cornwallis, kami juga sempat bergambar disana. Sangat cantik tempat bersejarah ini, dijaga dengan rapi.
8 ; Selesai sudah perjalanan kami di Pulau Pinang ini. Segala kenangan manis di sini tidak akan kami lupa sampai bila - bila. Perjalanan pulang kami menaiki Ferry untuk ke Terminal Butterworth.


*video perjalanan kami, Preview only.

ILLUSIONMETAL
Terror Crew - Vermillion - Blind Terror

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.